1. Bimbingan dan Kaunseling adalah proses Pendidikan yang terancang dan berterusan. pelajar dididik dan dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengaalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak mesyarakat majmuk di Malaysia.
2. Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua pelajar. Tiap-tiap pelajar memperoleh peluang bagi mendapat pertolongan tanpa menira latar belakang, kaum, agama atau kepercayaan.
3. Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapat pertolongan apabila mereka memerlukannya. Pada ketika tertentu seorang pelajar mungkin memerlukan pertolongan,sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya.
4. Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan keperluan pelajar bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka. Program Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan keperluan individu supaya berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan dirinya.
5. Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk menolong pelajar memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan.
6. Bimbingan dan Kaunseling berorientasikan masa sekarang dan masa depan. Usaha-usaha Bimbingan dan Kaunseling ialah untuk menjadikan pelajar itu lebih tegas diri, pandai menyesuaikan diri diri dan memahami implikasi tindakan-tindakannya sekarang dalam jangka masa panjang.
7. Bimbingan dan Kaunseling menolong individu menyedari kelemahannya dan memberi Focus kepada kekuatannya. Dalam Bimbingan dan kaunseling focus adalah pada memperkukuhkan lagi kekuatan yang ada padanya melalui aktiviti-aktiviti perkembangan dan pencegahan.
__________________________________________________________________
SMKIP/BUKU PENGURUSAN UBK
8. Bimbingan dan Kaunseling adalah tanggung jawab besama. Dalam melaksanakan program dan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling, semua pihak di sekolah iaitu pentadbir Guru Bimbingan dan Kaunseling, guru-guru lain, ibu bapa dan pelajar patut bekerjasama dan saling berunding antara satu dengan lain.
9. Bimbingan dan Kaunseling memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai pelajar. Segala maklumat mengenai pelajar adalah perlu untumembolehkan guru Bimbingan dan Kaunseling memahami pelajar secara menyeluruh supaya dapat memberi Bimbingan dan kaunseling yang berkesan.
10. Setiap individu berbeza dalam gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar. Secaraamnya cara belajar seseorang itu berbeza mengikut :
Orientasi deria : melalui deria sentuhan, penghiduan, penglihatan, pendengaran dan rasa.
Gerak balas : ada individu lebih selesa belajar secara bersendirian, dalam kelompok atau melalui pemerhatian sahaja.
Corak pemikiran : cara individu mengumpul dan memproses maklumat untuk mencapai tujuan tertentu.
11. Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman dalam alaM persekitarannya. Misalnya seorang pelajar yang dibesarkan di luar Bandar, akan dapat dikesan sebagai berasal daru luar Bandar, demikian juga sebaliknya. Oleh itu,Bimbingan dan Kaunseling boleh merupakan intervensi untuk mengurangkan perbezaan tetapi ini bergantung kepada nilai, jangka masa dan di peringkat mana khidmat itu dimulakan. Bimbingan dan kaunseling dijalankan supaya individu berkemampuan untuk membuat penyesuaian diri.
__________________________________________________________________
SMKIP/BUKU PENGURUSAN UBK
12. Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk pengetahuan dan kesepaduan psiko-fizikal pelajar.Ini bermakna pelajar tidak boleh dilihat sebagai hanya manusia kognitif. Ia harusdilihat sebagai individu yang mempunyai perasaan, sikap, mental dan rihani. Sebarang aktiviti dan program bimbingan adalah untuk mewujudkan kesepaduan ini.
13. Bimbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling. Mematuhi Etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan pelajar.
(Rujuk Kod Etika PERKAMA).
No comments:
Post a Comment