Wednesday, March 10, 2010

MATLAMAT Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


1. Tekad Untuk menjadi Insan Bahagia

Ø Hijrah dari kebiasaan yang merugikan kepada amalan yang menguntungkan.

Ø Di mana ada kehidupan di situ ada kemungkinan. Di mana ada kemungkinan di situ ada kuasa untuk berubah. Ubah apa sahaja untuk menjadi insan yang bahagia.

Ø Kawal semua jenis emosi.

Ø Mantap keberkesanan komunikasi

Ø Mengurus diri dengan bijaksana.

Ø Menghapuskan ketandusan diri.

2. Tekad Untuk Menjadi Insan Cemerlang

Ø Pencapaian akademik untuk merealisasi cita-cita.

Ø Ketrampilan diri bagi membina kestabilan personality untuk mendapat pengiktirafan manusia dan keredhaan Tuhan.

OBJEKTIF

Ø Membantu seseorang individu yang berpotensi, menyedari potensinya untuk menjadi insan yang cemerlang.

Ø Membantu seseorang individu membuat perubahan sikap dari sikap yang merosakkan kepada sikap yang membina.

Ø Membantu seseorang individu membuat penyesuaian sikap dan perlakuan selaras dengan nilai-nilai masyarakat dan agama.

Ø Membantu seseorang pelajar mengenai kemahiran berkaitan ketrampilan diri seperti : kemahiran komunikasi, kemahiran belajar, kemahiran rohani, emosi, berfikir dan berkelakuan yang menjurus kecemerlangan akademik dan personality.

Ø Mendedahkan pelajar kepada perkembangan Pendidikan, kerjaya dan situasi Negara agar mereka mempunyai persediaan yang utuh dalam menghadapi masa depan yang mencabar.

No comments:

Post a Comment