Wednesday, March 10, 2010

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR

1. Kaunselor hendaklah menjaga tatalaku demi memelihara piwaian dan identity sebagai seorang kaunselor dan integriti profesion kaunseling.

2. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha mnilai dan meningkatkan pengetahuan, Kecekapan dan kemahiran dalam profesionnya.

3. Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya denga penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.

4. Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai ytugas kaunselingnya oleh penyelia professional melalui penyeliaan lazim “regular supervision” dan sokongan perundingan “consultative support”.

A. TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP KLIEN

1. Kaunselor adalah bertanggungjawab untuk mengutamakanb kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien kelompok.

2. Kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklmat yang diperolehi semasa kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang dipersekitarannya.

3. Kaunselor hendaklah mamahami dan menghormati latar belakang sosio budaya klien.

4. Semasa menjalankan sesi kaunseling, kaunelor hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi, dan sebagainya.

5. Kaunselor hendaklah membimbing klien kea rah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.

__________________________________________________________________

SMKIP/BUKU PENGURUSAN UBK

6. Kaunselor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan

membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismanya.

7. Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan

diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status ideology, kecacatan

fizikal, mental atau sebarang bentuk diskriminasi.

8. Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan,

proses dan Implikasi perkhidmatan kaunseling.

9. Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di peringkat

awal sesi kaunseling mengenai batasan unsur kerahsiaan.

10. Persetujuan antara kaunselor dank lien mengenai kerahsiaan boleh disemak

semula dan diubah dengan persetujuan bersama.

11. Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam

keadaan bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk

menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.

12. Kaunselor tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada

Saudara mara, kawan karib, atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim

dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang

membuat penialian.

13. Kaunselot tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi

kaunseling atau ingin bertukar kepada kaunselor lain.

14. Kaunselor hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalani kaunseling

dengan kaunselor yang lain pada masa yang sama.

15. Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan

luar daripada bidang kepakarannya, kaunselor hendaklah merujuk klien

tersebut kepada pihak yang berkenaan.

16. Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan private untuk sesi

kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan

dengan kebenarannya, termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam atau

dipita videokan.

­­­­­­­­­­­­­

________________________________________________________________________

SMKIP/BUKU PENGURUSAN UBK

B. TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP RAKAN PROFESIONAL

1. Kaunselor hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesion mereka.

2. Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil, dan terbuka

terhadap rakan profesionalnya.

3. Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta

memperbetulkan perilaku atau prosedur kerja rakan kaunselor yang tidak

menepati etika kerja.

4. Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta

membela rakan kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan

perlakuan yang tidak beretika.

C. TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP MASYARAKAT

1. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsure sosio budaya

Masyarakat di mana dia berkhidmat.

2. Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang Negara dan

melaksanakan tugasan berlandaskan undang-undang tersebut.

D. TANGGUNGJAWAB TERHADAP ORGANISASI DAN MAJIKAN

1. Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang

ditandatangani dengan Organisasi tempat dia berkhidmat.

2. Kaunselor hendaklah berusaha untuk mematuhi polisi dan prosedur serta

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.

3. Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi

dalam Organisasi dan dalam perlaksanaan polisi amalan pekerjaannya.

4. Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber

organisasinya.

__________________________________________________________________

SMKIP/BUKU PENGURUSAN UBK

5. Kaunselor hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan

profesionalnya.

6. Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan

kerja dengan penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling khususnya

mengenai unsur kerahsiaan, perbezaan antara fakta umum atau peribadi,

beban kerja dan akauntabiliti.

7. Kaunselor hendaklah memberitahu kepada pihak majikan tentang keadaan

yang boleh menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat

keberkesanan perkhidmatannya.

8. Kaunselor hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara professional dari

masa ke masa.

9. Kaunselor hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan

kerjaya untuk dirinya dan stafnya.

No comments:

Post a Comment